MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN BAGI PROJEK PEMBINAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERKAPASITI 15,000 PE (REKA DAN BINA), UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA), PEKAN, PAHANG

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan UMP 001

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berkapasiti 15,000 PE (Reka dan Bina), Uiversiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang telah dilaksanakan pada 20 Mei 2024 (Isnin) bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Adnan Bin Ladin, Pengurus Besar kanan Pembinaan, Pasukan Projek Persekutuan Pahang yang mewakili Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang kepada YBrs. Ts. Izwan Bin Ismail, Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Harta (PPPH), UMPSA mewakili Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari UMPSA, Head of Project Team (HOPT), Head of Designt Team (HODT), Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Pakar Mekanikal, Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Pakar Elektrik, Pasukan Projek Persekutuan JKR Pahang dan pasukan kontraktor serta perunding.

Projek ini telah berjaya disiapkan 27 hari awal dari tarikh siap semasa. Projek yang bermula pada 23 Februari 2021 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 28 Februari 2024 dengan kos kontrak sebanyak RM24,195,574.35. Kontraktor Utama yang berjaya dilantik untuk pelaksanaan projek ini adalah Struktur Serumpun Sdn Bhd. Pembinaan projek ini adalah secara Reka Dan Bina.

Skop utama projek ini adalah pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berkapasiti 15,000 PE yang mengandungi network pumping station, sistem paip kumbahan, rumah kawalan dan jaringan paip pembentungan di dalam kampus termasuk kerja Mekanikal, Elektrik, Infrastruktur dan Landskap. Selain itu projek ini juga merangkumi Nyahtauliah dan penyambungan Loji Rawatan Kumbahan 5,000 PE sedia ada.
Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan 15,000 PE ini merupakan infrastruktur yang penting bagi kesenambungan perancangan Pembangunan UMPSA pada masa hadapan. Dengan penyerahan projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan 15,000 PE ni, maka pihak UMPSA dapat merancang Pembangunan yang tersusun pada masa akan datang.

Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan 7 pencapaian merangkumi kriteria berikut:

  1. Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Penyerahan Lukisan Siap Bina
  3. Penyerahan Operation & Manual Maintenance (O&M)
  4. Penyerahan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  5. Penyerahan Asset Management
  6. Sifar Kemalangan Semasa Pembinaan dan
  7. Penyiapan awal 27 hari
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan UMP 002
14052024-AUDIT-KKP-PREMIS-IBU-PEJABAT-JKR-PAHANG-03
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan UMP 003
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan UMP 004
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan UMP 005

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk HOPT, HODT, WPP Pakar, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang, Kontraktor serta pihak UMPSA selaku pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.