Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Bahagian Jalan

Bahagian Jalan

Blue-Separator-Line-Image

Objektif Bahagian

  • Mengadakan Infrastruktur Jalan serta jambatan sekitar negeri bagi memenuhi keperluan-keperluan pembangunan negara.
  • Menyelaras pembinaan serta pembaikan jalan-jalan dan jambatan-jambatan di Luar Bandar bagi mengadakan hubungan ke kawasan-kawasan yang membangun.
  • Menentukan bahawa jalan-jalan serta jambatan-jambatan yang sedia ada disenggarakan, dibaiki dan ditingkatkan mutu dengan sempurna untuk perjalanan yang selamat dan selesa.

Fungsi Bahagian Jalan

 

1. Unit Pengurusan Jalan

  • Mengurus aset alih, rekod kedatangan, cuti, latihan & kompetensi kakitangan Bahagian Jalan.
  • Memberi ulasan bagi permohonan pelaburan, ACDC, rizab tanah, pemilikan tanah kerajaan, tukar syarat nyata tanah dan kategori kegunaan tanah.
  • Meneliti, menyemak dan meluluskan permohonan-permohonan pembangunan tepi jalan.
  • Memegang deposit bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
  • Menerima dan menyelaras maklum balas aduan pelanggan/ orang awam.

2. Unit Pengurusan Projek

  • Merancang pembinaan rangkaian jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyediaan dokumen meja tender.
  • Menyelaras kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak perunding.
  • Menyelaras, mengurus dan memantau kemajuan kerja, kualiti dan kewangan projek di tapak dan melalui sistem SKALA.
  • Menjalankan kerja-kerja pengauditan terhadap dokumentasi, pelaksanaan dan produk projek.
    Terlibat dalam menyelaras reka bentuk, pengambilan balik tanah & pampasan, peruntukan pembangunan dan mengurus projek-projek jalan.

3. Unit Senggara Jalan

  • Menyenggara rangkaian jalan, jambatan dan pembetung sedia ada termasuk mengawal dan mengagih peruntukan yang diberi.
  • Menyenggara cerun-cerun sedia ada serta memantau pembaikan cerun runtuh dan kerja-kerja kecemasan
  • Mendaftar rangkaian jalan-jalan baru dan aset tak alih.
  • Mengurus proses pembayaran kerja-kerja penyenggaraan.
    laporan bulanan dan laporan berkaitan bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan-jalan negeri dan persekutuan.
  • Mengurus operasi bencana, kemalangan di kawasan kerja senggara, pemasangan dan penyenggaraan jambatan bailey.

Alamat Perhubungan

 

Bahagian Jalan JKR Pahang
Tingkat 10, Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-573 2837