Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Bahagian Arkitek

Bahagian Arkitek

Blue-Separator-Line-Image

Pengenalan

Bahagian Arkitek adalah satu Unit Senibina di dalam Organisasi Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur. Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberi khidmat teknikal dan nasihat kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di mana perlu dalam mereka bentuk dan melaksanakan semua projek bangunan Kerajan Negeri yang telah dipertanggungjawabkan.

 

Bahagian ini berhubung rapat dengan Bahagian Bangunan, Elektrik, Mekanikal dan Pentadbiran serta Jurutera-Jurutera Daerah dalam melaksanakan projek di Negeri Pahang.

Fungsi Bahagian Arkitek

1. Mereka bentuk dan melaksanakan projek-projek bangunan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
2. Membuat reka bentuk, tataatur dan mengawasi pelaksanaan bagi majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri Pahang yang berbentuk keagamaan atau sebagainya.
3. Menyediakan brief, mereka bentuk dan melaksanakan projek–projek KDYMM Sultan Pahang.
4. Menyediakan Lukisan Arkitek, Penentuan kerja dan sebagainya untuk Dokumen Tawaran.
5. Menyelia kerja binaan di tapak projek ˜Istimewa”.
6. Menjadi Penasihat kepada pihak pelanggan atas perkara berkaitan dengan bidang Senibina dan perlaksanaan projek-projek bangunan.
7. Menyediakan maklumat mengenai kegunaan bahan-bahan binaan untuk kegunaan bangunan-bangunan kerajaan.
8. Menyediakan laporan dan memberi taklimat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang atau lain-lain Jawatankuasa sebagaimana diarahkan.

Alamat Perhubungan

 

Bahagian Arkitek JKR Pahang
Tingkat 11, Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-573 2837