Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Bahagian Pengurusan Korporat

Bahagian Pengurusan Korporat

Blue-Separator-Line-Image

Pengenalan

JKR Pahang yang berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan, sentiasa berhadapan dengan beban tugas yang makin mencabar. Sebagai satu langkah untuk meningkatkan prestasi jabatan, Bahagian Pengurusan Korporat telah ditubuhkan pada 16 November 2007 dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Korporat).

 

Penubuhan Bahagian Pengurusan Korporat adalah wajar bagi menangani keperluan arus pembangunan terkini JKR Pahang. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Korporat) telah dibantu oleh satu orang Penolong Pengarah Kanan (Korporat) Gred J48 yang menerajui unit yang terdiri dari Unit Aduan, Unit Komunikasi & lC]. Unit Pengurusan Kualiti, Unit Pemantauan dan Naziran, Unit Latihan dan Kompetensi.

Objektif Bahagian Pengurusan Korporat

  • Membantu Pengarah JKR Pahang mencapai prestasi cemerlang melalui penglibatan Pasukan Petugas Khas bagi melaksanakan projek atau program yang ditetapkan, serta inisiatif-inisiatif di bawah JKR Strategic Framework 2016-2020, mempromosikan serta menyokong pelaksanaan strategi dan polisi-polisi lain seperti yang diarahkan oleh KPKR.
  • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) MS ISO 14001:2015, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) OHSAS 18001:2007 dan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) MS ISO 50001:2011.

1. Unit Latihan, Kompetensi & Unit Pengurusan Kualiti

  • Memantau pelaksanaan dan pencapaian kursus 5 hari setahun bagi semua pegawai dan kakitangan JKR Pahang.
  • Menguruskan dan menyelaraskan latihan dan pencalonan peserta bagi permohonan latihan dalam dan luar (swasta).
  • Mengurus dan memantau perbelanjaan peruntukan latihan bagi memastikan perbelanjaan adalah 98%.
  • Memantau program Perkongsian Ilmu (Knowledge Management) di peringkat JKR Pahang.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pementoran di bawah kendalian JKR Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang.
    Merancang dan menguruskan Mesyuarat Pegawai Kanan peringkat JKR Pahang.
  • Merancang dan menguruskan Mesyuarat Pengurusan JKR Negeri Pahang.
  • Mengurus Mesyuarat Pagi JKR Negeri Pahang.
  • Memantau perlaksanaan Competency Identification (CI) untuk semua Pegawai dan kakitangan pelaksana skim J di JKR Pahang.
  • Mengurus dan memantau Mesyuarat Sekretariat Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi (KASPAIN) dan Mesyuarat Induk Jawatankuasa KASPAIN.
  • Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan program Walkabout Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang (sekiranya perlu).
  • Merancang, menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) dan audit di peringkat JKR Pahang dan JKR Malaysia (Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Alam Sekitar, Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, dan Sistem Pengurusan Tenaga).
  • Memantau dan mengurus pelaksanaan Program Lestari di JKR Pahang.
  • Mengurus, menyelaras dan menganalisis input serta pelaporan Kajian Semula Pengurusan, termasuklah merancang dan menguruskan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) peringkat JKR Pahang.
  • Menyelaras pelaksanaan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) bagi premis Kompleks Tun Razak (KOMTUR).

2. Unit Teknologi Maklumat

  • Memantau aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Sistem Rangkaian.
    Merancang dan menyelaras program/aktiviti berkaitan ICT di JKR Negeri Pahang.
  • Menyelaras permohonan aset ICT menggunakan Sistem e-Peralatan SUK Negeri Pahang
  • Merancang dan menyelaras kerja pembaikan aset ICT (aset kerajaan).
  • Membantu memberikan nasihat dan khidmat sokongan ICT.
  • Memantau aktiviti pendaftaran Sistem Kehadiran Biometrik (ETASS) (Pendaftaran Pegawai dan Kakitangan Baru).
  • Menyelaras dan memantau Portal Rasmi Jabatan.
  • Membantu menyelaras dan memantau Pengurusan Aduan Awam Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.
  • Menganalisa statistik Pengaduan Awam untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengaduan Awam Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.
  • Menyelaras dan menyedia pelaporan BPA Negeri Pahang.
  • Menyelaras dan menyedia Laporan Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya.
  • Membantu menyelaras, memantau dan menguruskan Media Sosial Rasmi Jabatan (Facebook / Twitter).
  • Menyelaras dan menyedia Takwim Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang dan Bahagian Pengurusan Korporat.

3. Unit Integriti, Inovasi & Unit Pentadbiran

  • Melaksanakan program inovasi JKR Negeri Pahang.
  • Menguruskan Anugerah/ Pertandingan Kualiti peringkat JKR Pahang dan JKR Malaysia.
  • Menyelaras Pelaporan Pelan Bisnes JKR Negeri Pahang.
  • Menyelaras Pelaporan Pengrusan Risiko JKR Negeri Pahang.
  • Menyelaras Pelaporan KPI Pengarah Kerja Raya.
  • Membantu menyelaras, pelaporan dan melaksana program Pelan Integriti (PI) JKR Negeri Pahang.
  • Menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh JKR Pahang.
  • Menguruskan penyertaan KIK peringkat JKR Pahang, SUK dan JKR Malaysia.
  • Menguruskan Mesyuarat Bahagian Korporat.
    Pengurusan Am Pejabat.
  • Menyediakan maklum balas mesyuarat (Mesy. Pagi Negeri Pahang, JKTNg, Pemudah, DUN, MTNg, Mesy. Pengarah JKR Malaysia).
  • Pengurusan Fail.
  • Pengurusan Aset Bahagian.
  • Urusan Penstrukturan Semula JKR Pahang dan Pengemaskinian MyPortfolio.
  • Urusan HRMIS peringkat Bahagian.
  • Urusan penempatan Pelajar Praktikal.

Alamat Perhubungan

 

Bahagian Pengurusan Korporat JKR Pahang
Tingkat 9,  Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-571 7007
Fax: 09-573 2837