Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan JKR Pahang

JKR Pahang dahulunya dikenali sebagai Public Work Department adalah salah sebuah organisasi yang terpenting dalam kerajaan. Ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Pahang bukan sahaja menyediakan infrastruktur awam seperti bangunan, jalanraya, jambatan, air dan elektrik malah khidmat nasihat teknikal juga diberikan kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta dalam melaksanakan pembangunan didalam negeri ini.

 

JKR Pahang mula ditubuhkan pada tahun 1926 dimana pejabat pertamanya terletak di Kuala Lipis dan Pengarah pertama JKR Pahang adalah W.J. Smith. Pada tahun 1960an Pejabat JKR Pahang telah berpindah dari Kuala Lipis ke Kuantan berikutan penukaran pusat pentadbiran dan bangunan pertamanya terletak di Jalan Masjid, Kuantan. Pada tahun 1970an Pejabat JKR Pahang berpindah pula ke Wisma Negeri dan pada tahun 1985 sekali lagi berpindah ke bangunan Kompleks Tun Razak (KOMTUR) sehinggalah sekarang. Bermula dari tahun awal pembukaannya, JKR Pahang telah ditadbir oleh 26 orang Pengarah yang meliputi pelbagai bangsa.