Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri

Blue-Separator-Line-Image

Pengenalan

Dahulunya dikenali sebagai JKR Worksyop Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun 1993 nama Jabatan ini telah ditukar kepada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang. CKMNP merupakan salah satu dari Jabatan di bawah pengurusan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah J52 dan dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan Mekanikal. CKMNP mentadbir dan mengurus beberapa sub – cawangan seperti berikut:-

  1. CKM Negeri Pahang di Kuantan
  2. CKM Pahang Barat, Bentong
  3.  JKR Kuari Pusat Pekan Awah Temerloh & CKM Pahang Tengah, Temerloh

Fungsi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri

 

1.Melaksanakan fungsi Pengurus Aset Mudah Alih Kerajaan

JKR Negeri Pahang merupakan Pengurus Aset kepada aset-aset milik Kerajaan Negeri Pahang dan milik Kerajaan Persekutuan yang berada di Negeri Pahang. CKMNP telah diberikan peranan untuk menguruskan aset-aset mudah alih bagi skop kerja berikut bermula dari masa perolehan sehinggalah aset tersebut dilupuskan.

 

a) Pepasangan peralatan mekanikal di bangunan [peralatan sistem lif, pencegah kebakaran, hawa dingin, kebuk wasap, LPG, exhaust fan, pam, dan sebagainya. Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Projek.
b) Pasukan Kenderaan, Jentera dan Loji. Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Workshop.

 

2. Pengurusan Projek Pembangunan

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja:-

 

a) Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan Mekanikal, PasukanKenderaan, Mesin dan Jentera.
b) Pengurusan projek-projek pembangunan melibatkan pepasangan mekanikal.
c) Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

 

3. Khidmat Nasihat dan Tenaga Pakar

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja:-

 

a) Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan Mekanikal, PasukanKenderaan, Mesin dan Jentera.
b) Pengurusan projek-projek pembangunan melibatkan pepasangan mekanikal.
c) Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

 

4. Operasi Kuari

Mengurus operasi kuari milik Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang.

 

5. Unit Sokongan JKR Pahang

CKMNP merupakan sebagai unit sokongan kepada Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Pejabat-pejabat Jurutera Daerah JKR Pahang.

Alamat Perhubungan

 

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri
Jalan Kemunting 2
Tanah Putih
25100 Kuantan. Pahang.

Telefon: 09-513 4040 / 513 1193
Fax: 09-513 7454