Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri

Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri

Blue-Separator-Line-Image

Fungsi Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri

JKR Cawangan Elektrik melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut termasuk melaksanakan Visi dan Misi JKR :

 

A1. Pengurusan Projek

Melaksanakan Projek pemasangan elektrik bagi agensi Kerajaan bermula dari merancang, mereka bentuk, mengurus tender/ kontrak, menyelia serta menyelaras semua projek projek pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhimatan lain.

A2. Pengurusan Senggaraan

A2.1 Senggara Kerosakan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelenggaraan bagi pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhidmatan lain berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan.
A2.2 Senggaraan Pencegahan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan secara berkala bagi peralatan elektrik di agensi kerajaan.

 

A3. Perkhidmatan Khidmat Nasihat

A3.1 Perkhidmatan Perunding Teknikal
Memberi khidmat perunding teknikal terutama berkenaan masalah teknikal yang dihadapi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
A3.2 Khidmat Inspektorat
Memberi khidmat pemeriksaan elektrik di semua premis kerajaan dan seterusnya memberi maklum balas hasil daripada pemeriksaan tersebut untuk makluman pelanggan bagi tindakan selanjutnya.

 

A4. Perkhidmatan Pentadbiran

Melaksanakan urusan-urusan berkaitan dengan kakitangan, kewangan, dan teknologi maklumat. Aktiviti utama yang terlibat adalah mengurus pentadbiran am, kewangan, sumber manusia, dokumentasi serta pembangunan teknologi maklumat.

Alamat Perhubungan

 

Pejabat Ketua Jurutera Elektrik Negeri
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pahang
Jalan Seri Kemunting 2, Seri Kemunting
25100 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-513 3533/ 513 0411
Fax: 09-514 1594