Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Pasukan Projek Persekutuan Negeri

Pasukan Projek Persekutuan Negeri

Blue-Separator-Line-Image

Fungsi Pasukan Projek Persekutuan Negeri

1. Mengurus, merancang, menyelaras dan mengawasi / menyelia, menjalankan pemeriksaan, mengawal dan memantau kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor dan semua perunding / HODT yang telah dilantik untuk kawalan kualiti produk bagi projek Konvensional Dalaman (rekabentuk oleh HODT JKR) dan Konvensional Perunding dengan memastikan kepatuhan kepada SPB JKR di dalam aktiviti:-

a). Pembinaan

b). Penyerahan

c). Pos Penyerahan

 

2. Mengurus, memantau, menyelaras dan menyediakan pelaporan kemajuan projek berasaskan Program Kerja (CPM) (Laporan Kontrak) bagi memastikan pengemaskinian kemajuan fizikal dan kewangan mengikut Garis Panduan Penjadualan Projek JKR melibatkan aktiviti-aktiviti:-

i). Penggunaan Program Kerja dalam memantau kemajuan projek & pelaporan projek.

ii).Penggunaan dan pengemaskinian Sistem SKALA (penyediaan bayaran interim & catatan kontrak).

3. Mengurus pengurusan kewangan dan kawalan kos termasuk penyediaan peruntukan dan Mengurus dan menyelaras bayaran interim, penilaian semasa bagi progres pembinaan untuk pengesahan tuntutan bayaran interim.
4. Mengurus, menyelaras dan mengadakan mesyuarat tapak, mesyuarat teknikal dan mesyuarat koordinasi mengikut ketetapan dan keperluan semasa (berdasarkan isu-isu kritikal) sepertimana perancangan tahun semasa.
5. Mengurus, menyelaras, menyemak dan mengadakan sesi interaksi bersama pihak klien/ end user, HODT berkaitan bagi kelulusan bahan / material, shop drawing, method of statement, kelulusan mock-up kerja bagi kerja berkaitan mengikut displin masing-masing.
6. Mengurus, menyelaras dan menyediakan Pelan Pengurusan Risiko dan melaksanakan pemantauan berkala melalui daftar risiko bagi memastikan peningkatan kadar kejayaan dan mengurangkan kesan peristiwa risiko.
7. Mengurus dan menyediakan pelaporan berkaitan isu-isu pembinaan dan kontrak di tapak bina kepada Pengurus Besar Kanan Pembinaan mengikut keperluan semasa.
8. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada projek-projek di bawah PPPNP setiap masa diperlukan mengikut keperluan.
9. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
10. Pembangunan Modal Insan Kehadiran Latihan 7 Hari Setahun (100% hadir).
11. Mengurus, menyelaras dan mengadakan mesyuarat membaiki kecacatan mengikut ketetapan.
12. Memantau Kerja Penyenggaraan Pos Penyerahan (Semasa TTK)/ kerja-kerja membaiki kecacatan bagi projek di dalam tempoh DLP mengikut ketetapan.
13. Mengurus maklumbalas Pelanggan dan Mengurus Kajian Kepuasan pelanggan di peringkat pembinaan, penyerahan dan pos penyerahan.