Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size

Ikuti Kami:

Home Soalan Lazim

Soalan Lazim

Blue-Separator-Line-Image

1. Apakah yang dimaksudkan dengan JKR?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan yang mana menyokong segala sektor pembinaan di negara kita. JKR merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin – kejuruteraan awam, seni bina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR?

JKR bertanggungjawab merancang, merakabentuk, dan membina projek infrastruktur di negara kita. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh kami ialah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong sektor pembinaan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.

3. Siapakah yang menerajui JKR Pahang?

JKR Pahang diketuai oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin – kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

4. Apakah itu Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang?

Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan JKR Negeri Pahang kepada rakyat.

5. Mengapa Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang diwujudkan?

Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai berkenaan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

6. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang?

Semua pengguna dibenarkan melayari dan menggunakan maklumat yang terdapat pada laman web rasmi tersebut.

7. Apakah dasar privasi Portal JKR Pahang?

Dasar privasi Portal JKR Pahang adalah berdasarkan garis panduan Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia (MGPWA). Untuk maklumat lanjut, sila layari ‘Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan’ di bahagian bawah setiap halaman.

8. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Pahang?

Jika anda ingin menghubungi Ibu Pejabat JKR Pahang & Jurutera Daerah gunakan pautan pada menu di direktori pegawai dalam Portal Rasmi JKR Pahang.

9. Bagaimana untuk menghubungi JKR Pahang?

Pengarah Kerja Raya Negeri
Pahang Darul Makmur
Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan, Pahang.
E-Mel: jkrpahang[at]pahang.gov.my
Tel : +(609)-571 7000
Faks : +(609)-573 2837