AUDIT DALAMAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) PREMIS IBU PEJABAT JKR PAHANG 2024

4052024-AUDIT-KKP-PREMIS-IBU-PEJABAT-JKR-PAHANG

Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Premis Ibu Pejabat JKR Pahang 2024 telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat pada 14 Mei 2024 bagi premis Ibu Pejabat JKR Pahang, Bandar Indera Mahkota Kuantan.

Tujuan audit ini dilaksanakan adalah bagi menilai pematuhan terhadap akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Auditan ini melibatkan sepuluh (10) bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Korporat, Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Jalan, Bahagian Senibina, Bahagian Bangunan, Bahagian Struktur & Rekabentuk, Bahagian Pendidikan, Unit Pengurusan Portfolio Negeri (PMO), Pasukan Projek Persekutuan Negeri dan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan.

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Faizal bin Mahadi selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Premis Ibu Pejabat JKR Pahang.

Pengerusi berharap agar audit dalaman yang dilaksanakan dapat meningkatkan lagi pematuhan akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi memantapkan lagi organisasi JKR Negeri Pahang yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi juga dengan memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di JKR Pahang dilaksanakan secara efektif dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi dan objektif ke arah membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan audit dalaman tersebut serta terima kasih kepada pasukan audit di atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

14052024-AUDIT-KKP-PREMIS-IBU-PEJABAT-JKR-PAHANG-02
14052024-AUDIT-KKP-PREMIS-IBU-PEJABAT-JKR-PAHANG-03