MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DUA DALAM SATU (2 IN 1), AKU JANJI DAN PELANTIKAN PEGAWAI PENGUASA BAGI PROJEK-PROJEK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA OLEH JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

23052024

23 Mei 2024 – Kuantan, Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Dan Surat Setuju Terima (SST) 2 In 1, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan bagi projek-projek Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah berlangsung di Tingkat 1, Bilik Mesyuarat JKR Daerah Kuantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang YH Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP. Turut hadir menyempurnakan majlis Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP dan Juruukur Bahan Penguasa Sr. Jaidi Bin Abd Raof.

23052024 002
23052024 003

Sebanyak Enam (6) Penyerahan dan Surat Setuju Terima (SST), Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Aku Janji telah dilaksanakan seperti berikut:

 

BIL PERKARA / PROJEK KONTRAKTOR PEGAWAI PENGUASA
1. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pembaikan Di Institusi Pendidikan Dan Kuarters Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Bagi SMK Chengal Lempong, Kuantan, Pahang Hijjazteam Enterprise Jurutera Daerah Kuantan, Pahang
2. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pembaikan Di Institusi Pendidikan Dan Kuarters Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Bagi SMK Seri Damai, Kuantan, Pahang Indera Saujana Makmur Sdn. Bhd. Jurutera Daerah Kuantan, Pahang
3. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pembaikan Di Institusi Pendidikan Dan Kuarters Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang Ans Akbi Enterprise Jurutera Daerah Kuantan, Pahang
4. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pembaikan Di Institusi Pendidikan Dan Kuarters Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Bagi Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Dangamas Corporation Sdn. Bhd. Jurutera Daerah Kuantan, Pahang
5. UIAM – Menaiktaraf Bangunan Kulliyyah Farmasi, Kulliyyah Sains Dan Loji Kumbahan Berpusat Di Kampus Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Iskandar Tech Sdn. Bhd. Jurutera Daerah Kuantan, Pahang
6. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Menaiktaraf Fasiliti Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran Pahang Yang Terjejas Akibat Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 Iskandar Tech Sdn. Bhd. Jurutera Daerah Maran, Pahang
23052024 004

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Penguasa, HOPT & HODT, dan HODT Bahagian Ukur Bahan, JKR Pahang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

Syabas dan tahniah juga kepada JKR Negeri Pahang dan juga Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan kerana telah melakar sejarah dalam keberhasilan Enam (6) Surat Setuju Terima Dua Dalam Satu (2 in 1) ini.