Kursus Rombak Rawat Sistem Transmisi (CVT) – Zon Timur

Kursus ROmbak & Rawat CVT 01

Kursus Rombak Rawat Sistem Transmisi (CVT) – Zon Timur.
Pada 22-24 Mac 2022, telah diadakan kursus Rombak Rawat Sistem Transmisi (CVT) bagi Zon Timur bertempat di Pejabat JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat, Bentong Pahang.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Kompetensi, Pensijilan Dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), JKR CREaTE, bertujuan untuk memberi pengetahuan dan melatih staf sokongan yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan rutin di Worksyop.

Antara objektif kursus ini adalah:

1.
Memberi pendedahan kepada kakitangan lantikan bahan yang berada di Workshop.
2.
Melatih dan memantapkan kepakaran pembaikan buat kakitangan sokongan yang terlibat dengan kerja-kerja rutin pembaikan di Workshop.
3.
Melahirkan tenaga kerja pekerja yang dapat melaksanakan kerja-kerja pakar mengikut keperluan semasa jabatan.

Seramai 18 orang peserta terlibat dalam kursus ini yang terdiri daripada kakitangan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Semoga dengan tunjuk ajar dan perkongsian daripada Encik Ahmad Anuar Bin Mat Yusof, dari Pusat Lantihan Giat MARA Raub, Pahang dapat digunakan untuk memantapkan kompetensi peserta.

Kursus ROmbak & Rawat CVT 02
Kursus ROmbak & Rawat CVT 03
Kursus ROmbak & Rawat CVT 04
Kursus ROmbak & Rawat CVT 06
Kursus ROmbak & Rawat CVT 07