Lawatan Teknikal Tapak ke Projek East Cost Rail Link (ECRL) di Seksyen 6 (Pahang)

Lawatan Tapak ECRL Pahang 01

Satu lawatan teknikal ke tapak Projek East Coast Rail Link (ECRL) di Seksyen 6, Pahang telah diadakan pada 23 Mac 2022. Tujuan lawatan teknikal ini adalah untuk menambah pengetahuan, perkongsian pengalaman dan memantapkan kompetensi kakitangan JKR Pahang. Lawatan ini telah dihadiri oleh 13 orang kakitangan Bahagian Jalan, JKR Pahang yang diketuai oleh Ir. Mohd Rozaiman bin Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Jalan dan dua orang kakitangan konsesi Malaysia Rail Link (MRL) di Bahagian Jalan.

Malaysia Rail Link merupakan pemilik projek dan syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF). Manakala, China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) adalah kontraktor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pertauliahan (EPCC) untuk projek ini. JKR Pahang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil dalam Pengalihan Utiliti bagi projek ECRL.
Rangkaian rel ECRL ini menghubungkan negeri – negeri Pantai Timur bermula dari Kota Bharu, Kelantan dengan Lembah Klang di Pelabuhan Klang dengan jarak 665 km.

Projek ECRL dijangka siap pada penghujung 2026 dan bakal beroperasi pada awal tahun 2027. Projek ini terbahagi kepada 9 seksyen yang mana kebanyakkan laluan di Pahang berada di dalam seksyen 6. Seksyen 6 ini bermula dari KotaSAS hingga ke Lanchang dengan jarak 144.1km.

Sesi taklimat berkaitan Projek ECRL telah disampaikan oleh Encik Mohd Nor Nahar bin Abd Hadi, Pengurus Pembinaan di Seksyen 6. Kemudian ke tapak jambatan 4 di Sungai Kuantan, Jalan Kuantan – Sungai Lembing.

Lawatan seterusnya ke terowong di Kg. Gedung Siam, Maran yang mana merupakan terowong terpanjang di Seksyen 6 dengan panjang 1393m. Seksyen 6 mempunyai terowong yang terbanyak berbanding seksyen yang lain dengan bilangan 22 terowong.

Kursus ROmbak & Rawat CVT 02
Kursus ROmbak & Rawat CVT 03
Kursus ROmbak & Rawat CVT 04
Kursus ROmbak & Rawat CVT 06
Kursus ROmbak & Rawat CVT 07