Hari Inovasi 2020/2021 & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 JKR Negeri Pahang

Hari Inovasi 2021 & APC 2021 01

Raub, 17 Mac 2022 – Telah berlangsung Hari Inovasi 2020/2021 & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 JKR Pahang dengan bertemakan “Inovasi Penggerak Organisasi Cemerlang” bertempat di Dewan Titiwangsa, UiTM Raub. Majlis ini merupakan program tahunan JKR Negeri Pahang yang mana JKR Daerah Raub telah pilih sebagai tuan rumah pada tahun ini .

YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Pahang telah merasmikan Hari Inovasi 2020/2021 & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 JKR Negeri Pahang. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, serta pegawai dan kakitangan dari Cawangan, Bahagian dan Daerah.

Penganjuran majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada warga kerja yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta penghargaan kepada Cawangan, Bahagian, Daerah yang telah mencapai kejayaan dalam pertandingan sempena Hari Inovasi. 12 kategori telah dipertandingkan sempena Hari Inovasi pada kali ini. Antaranya adalah Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan Terbaik, Pengurusan Penyelenggaraan Jalan dan Infrastruktur Terbaik, Pengurusan Kendaraan Terbaik dan Pengurusan Projek Bangunan Terbaik.

Berikut adalah senarai pemenang bagi Anugerah Inovasi mengikut kategori :

 

BIL SENARAI KATEGORI ANUGERAH INOVASI PEMENANG
1. Pengurusan Pentadbiran & Kewangan Terbaik Johan:JKR Daerah Lipis
Naib Johan: JKR Daerah Raub
Ketiga: JKR Daerah Kuantan
2. Pengurusan Kontrak Terbaik Johan: JKR Daerah Maran
Naib Johan: JKR Daerah Temerloh
Ketiga: JKR Daerah Kuantan
3. Pengurusan Projek Jalan dan Infrastruktur Terbaik Johan: JKR Daerah Maran
Naib Johan: JKR Daerah Bera
Ketiga: JKR Daerah Kuantan
4. Pengurusan Penyelenggaraan Jalan dan Infranstruktur Terbaik Johan: JKR Daerah Cameron Highland
Naib Johan: JKR Daerah Jerantut
Ketiga:JKR Daerah Maran
5. Pengurusan Kenderaan Terbaik Johan: JKR Daerah Raub
Naib Johan: JKR Daerah Jerantut
Ketiga: JKR Daerah Bera
6. Pengurusan Projek Bangunan Terbaik Johan:JKR Daerah Jerantut
Naib Johan: JKR Daerah Temerloh
Ketiga: JKR Daerah Lipis
7. Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan Terbaik Johan: JKR Daerah Pekan
Naib Johan: JKR Daerah Raub
Ketiga: JKR Daerah Pekan
8. Pengurusan Kaunter & Telefonis Terbaik Johan: JKR Daerah Bentong
Naib Johan: JKR Daerah Kuantan
Ketiga:JKR Daerah Bentong
9. Kebersihan & Keindahan Pejabat JKR Daerah, Unit & Cawangan Terbaik Johan:JKR Daerah Maran
Naib Johan: JKR Daerah Jerantut
Ketiga: JKR Daerah Maran
10. Bahagian KOMTUR Terbaik Johan: Bahagian Bangunan
Naib Johan: Bahagian Korporat
Ketiga: Bahagian Arkitek
11. Cawangan Terbaik Johan: JKR Cawangan Elektrik
12. Pejabat JKR Daerah Terbaik Johan: JKR Daerah Jerantut
Naib Johan: JKR Daerah Bentong
Ketiga: JKR Daerah Raub

Pada majlis ini juga, turut disampaikan Watikah Perlantikan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) bagi tahun 2022 kepada Kumpulan Sinar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri dan Kumpulan Taktikal, JKR Daerah Temerloh. Dua kumpulan ini akan mewakili JKR Negeri Pahang dalam Pertandingan Inovasi pada tahun ini.

Seramai 74 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi perjawatan Negeri telah dirai pada majlis ini. APC merupakan satu pengiktirafan kepada warga kerja JKR Negeri Pahang atas sumbangan pencapaian dalam melaksanakan tugas hakiki disamping penglibatan aktif dalam kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan dan lain-lain sumbang bakti. Penganugerahan ini juga merupakan satu manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi yang unggul dalam mencapai ekspeksi yang telah disarankan serta dalam memberikan penyampaian terbaik kepada masyarakat.

Pada majlis ini juga turut disediakan 16 ruang pameran yang telah disertai oleh antaranya Maccaferri Malaysia SB, ACP-DMT SB, AHN Vertex SD, Roadcare (M) Sdn.Bhd, YP Maintenance Sdn. Bhd., dan Signify Malaysia Sdn Bhd. Terima kasih diucapkan kepada semua pempamer yang telah turut serta pada pameran kali ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2021 dan Anugerah sempena Hari Inovasi 2020/2021. Semoga dengan anugerah ini dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat kepada semua kakitangan di JKR Negeri Pahang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada JKR Daerah Raub, selaku tuan rumah juga kepada semua urusetia dan jawatankuasa Hari Inovasi 2020/2021 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 serta pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Hari Inovasi 2021 & APC 2021 02
Hari Inovasi 2021 & APC 2021 03
Hari Inovasi 2021 & APC 2021 04