TAKLIMAT PEMAKAIAN GARIS PANDUAN UTILITI RANCANGAN MALAYSIA KE DUA BELAS (GP UTILITI RMKe12)

Taklimat GP Utiliti RMK12-01

Pada 22 Ogos 2022 telah diadakan Taklimat Pemakaian Garis Panduan Utiliti Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (GP Utiliti RMKe12) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ir. Sufiyan Bin Zakaria, Jurutera Awam Penguasa dan dibantu oleh En. Khairul Izwan Bin Jaafar, Penolong Jurutera Awam dari Bahagian Pengambilan Balik Tanah dan Utiliti (BPTU), Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Peserta taklimat ini terdiri daripada wakil dari Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar (BPP Luar Bandar), Cawangan Jalan JKR Malaysia, Bahagian Jalan, JKR Pahang dan JKR Daerah.

Pemakaian GP Utiliti RMKe12 ini adalah bagi projek-projek yang Surat Setuju Terima (SST) bermula 3 November 2021, sepertimana surat edaran rasmi oleh JKR Malaysia . GP Utiliti RMKe12 ini bertujuan menggantikan GP Utiliti RMKe11 terdahulu yang dikeluarkan pada 1 Januari 2016. Objektif sesi taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan berhubung skop pematuhan, kaedah pembiayaan dan pelaksanaan dalam kerja terkini bagi kerja pelindungan, pengalihan dan pemasangan semula asset utiliti di dalam semua tanah milik dan rizab kerajaan.

Melalui taklimat ini juga secara tidak langsung menjadi platform sesi perbincangan serta perkongsian dua hala antara JKR Negeri/ Daerah serta JKR Ibu Pejabat berhubung isu-isu serta cabaran dalam pelaksanaan GP Utiliti RMKe12 ini. Semoga dengan adanya taklimat ini dapat memberi kefahaman dan pencerahan kepada kakitangan JKR Negeri Pahang/ daerah dalam penyampaian dan hala tuju projek.

Taklimat GP Utiliti RMK12-02
Taklimat GP Utiliti RMK12-03
Taklimat GP Utiliti RMK12-04