PEMAKLUMAN BERITA PALSU

PENAFIAN-BERITA-PALSU

PENAFIAN

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang menafikan maklumat tersebar luas dalam aplikasi media sosial WhatsApp bahawa JKR Negeri Pahang memberi peruntukan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Pihak JKR akan melakukan siasatan dalaman dan turut akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu yang tersebar luas.

Pihak JKR Pahang juga menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru supaya tidak menyebarkan kepada orang lain.

Sekian,
JKR Negeri Pahang