MESYUARAT & TAKLIMAT PEGAWAI PENYENGGARAAN JALAN NEGERI JKR PAHANG TAHUN 2022

Taklimat03

Mesyuarat Dan Taklimat Pegawai Penyenggaraan Jalan Negeri JKR Pahang Tahun 2022 ini telah diadakan pada 11-14 Disember 2022 bertempat di Dhe Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan, Pahang anjuran Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang. Taklimat tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Sably bin Abdul Latiff, Jurutera Awam Kanan dari Bahagian Korporat, JKR Negeri Pahang.

Penyampai Taklimat ialah Encik Mohd Nawi bin Akil, Penolong Jurutera Awam Jalan, JKR Negeri Pahang. Manakala Penceramah jemputan ialah Cik Nurulhuda binti Abu Hasan Asa’ari, Pengurus Operasi dari Koridor Utiliti Pahang (KUP). Peserta taklimat ini terdiri daripada Warga Kerja JKR Daerah di Negeri Pahang.

Objektif sesi taklimat ini diadakan adalah untuk :

  1. Memberikan pendedahan, pengetahuan kepada kakitangan JKR yang melaksanakan tugas berkenaan terutamanya prosedur serta garis panduan baru yang digunapakai seperti Prosedur Permohonan Pemasangan Utiliti Jalan Persekutuan Tahun 2022 dan Arahan Teknik Jalan 3/2021-Garis Panduan Memproses Permohonan Pembangunan Tepi Jalan.
  2. Menyeragamkan proses permohonan dan syarat-syarat kelulusan di semua JKR Daerah terutamanya melibatkan Penyelaras Utiliti Negeri KUP dan Agensi Uitiliti
  3. Berkongsi pandangan berkaitan isu-isu berkaitan Permohonan Pembangunan Tepi Jalan.

Melalui taklimat ini juga secara tidak langsung menjadi platform perbincangan serta perkongsian pandangan dua hala antara JKR Negeri Pahang serta JKR Daerah berhubung isu-isu serta cabaran dalam pelaksanaan Permohonan Pembangunan Tepi Jalan. Semoga dengan adanya taklimat ini dapat memberi kefahaman dan pencerahan kepada kakitangan JKR Negeri Pahang dan Daerah dalam penyampaian dan hala tuju projek.

Taklimat02
Taklimat05
Taklimat07
Taklimat04
Taklimat06
Taklimat01