MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA BAGI PROJEK KERJA-KERJA NAIKTARAF BLOK JKR 54 DAN JKR 263, RKAT KELAS G, 2 UNIT KEPADA 1 UNIT, SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PANGKALAN UDARA KUANTAN, PAHANG

Penyerahan-SST-Kepada-Kontraktor 001

Kuantan, 26 Oktober 2023 – Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor (Forum Berkat Sdn. Bhd.) bagi Projek Kerja-Kerja Naiktaraf Blok JKR 54 Dan JKR 263, RKAT Kelas G, 2 Unit Kepada 1 Unit, Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang telah berlangsung di Pejabat JKR Negeri Pahang.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., kepada pihak kontraktor dan turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ts. Hj. Rosli Bin Awang (Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan) selaku HOPT bagi projek ini.

Ketua Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ts. Hj. Rosli Bin Awang (Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan) juga turut menyerahkan Pelan Pengurusan Risiko kepada YH. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang seterusnya disusuli dengan Mesyuarat Pra Pembinaan.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) selaku Pengurus Program dan HOPT serta Pegawai Penguasa projek ini adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 30hb Oktober 2023 dan tarikh siap semasa pada 29 April 2025 dengan kos projek berjumlah RM 3,900,636.00 manakala kontraktor utama bagi projek ini adalah Forum Berkat Sdn. Bhd.

Skop kerja yang terlibat adalah kerja-kerja awalan, kerja-kerja penyenggaraan dalam dan luar bangunan serta kerja-kerja penyenggaraan elektrik dan mekanikal. Kerja-kerja ini juga merupakan kerja menaiktaraf rumah keluarga anggota tentera yang mana 2 unit dijadikan kepada 1 unit yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 24 unit rumah.

YH. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor yang telah berjaya membida projek tersebut dan berharap agar projek tersebut dapat dijayakan sepenuhnya demi memberi keselesaan kepada anggota tentera yang selama ini terlibat dalam mempertahankan keselamatan negara.

Penyerahan-SST-Kepada-Kontraktor 002
Penyerahan-SST-Kepada-Kontraktor 003