MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KONTRAKTOR CEMERLANG KEPADA SYARIKAT SMART TECH INNOVATIVE SDN. BHD.

001

Kuantan, 24 OKTOBER 2023 (Selasa) – Satu Majlis Penyampaian Sijil Kontraktor Cemerlang kepada Syarikat Smart Tech Innovative Sdn. Bhd. telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Rosnan bin Hussin, AAP., AMP., selaku Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur yang diiringi oleh Ir. Mohammad Azlan Bin Zainal Bidin, Jurutera Elektrik Kanan, Unit Tentera, JKR Negeri Pahang kepada wakil syarikat iaitu Encik Sabri Bin Mat Ali sebagai penghargaan kepada Kontraktor yang telah berjaya menyiapkan Projek Kerja-Kerja Penggantian Kabel Elektrik Utama 11kV dan Vacuum Circuit Breaker (VCB) serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin, Pahang Darul Makmur dengan tempoh setahun lebih awal serta penjimatan kos sebanyak RM99,676.92.

Projek yang telah bermula pada 15/10/2021 ini dijadualkan siap pada 15/10/2023, namun dengan komitmen yang padu oleh pihak kontraktor, projek ini telah berjaya disiapkan lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

Ia adalah satu pencapaian yang amat cemerlang bagi kontraktor Smart Tech Innnovative Sdn Bhd kerana telah berjaya menyiapkan kerja dalam tempoh yang lebih singkat disamping membekalkan peralatan dan pemasangan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Tahniah diucapkan.

Semoga syarikat Smart Tech dapat meneruskan kecemerlangan dalam setiap projek yang dilaksanakan.