MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN BAGI PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN SATU (1) BLOK KUARTERS KELAS F & G (4 PINTU) UNTUK PEJABAT HUTAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS, PAHANG DARUL MAKMUR

Cameron Highlands, 18 Oktober 2023. Satu Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan (Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) bagi Projek Membina Dan Menyiapkan Satu (1) Blok Kuarters Kelas ‘F’ & ‘G’ (4 Pintu) untuk Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur telah berlangsung di tapak projek tersebut.

Majlis Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., kepada wakil Pelanggan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, En. Arifhadi Bin Johari Affandi, Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh mantan Jurutera Daerah JKR Cameron Highlands, En. Ir. Noor Irwan Bin Othman, juga Jurutera Daerah JKR Cameron Highlands, En. Ir. Ts. Walter Bin Taimin.

Sebagai simbolik penyerahan projek, YH. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang telah menyerahkan replika kunci kepada wakil Pelanggan, En. Arifhadi Bin Johari Affandi, seterusnya disusuli dengan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Bahagian Bangunan JKR Pahang selaku Pengurus Program dan HOPT serta Pegawai Penguasa projek ini adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 16 hb November 2021 dan tarikh siap semasa pada 25hb September 2023 dengan kos projek sebenar projek RM 3,283,845.40. Kontraktor utama bagi projek ini adalah Envithrive Sdn. Bhd.

Skop kerja yang terlibat adalah Prelimineries & General Conditions, Piling Works, Substructure Works, Building Works, Prime Cost Sum, Provisional Sum dan External Works. Dalam tempoh menyiapkan projek ini, banyak cabaran yang perlu dilalui seperti keadaan tapak yang berada di atas bukit, cuaca yang tidak menentu di Cameron Highlands dan sebagainya.

YH. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT Bahagian Bangunan JKR Pahang, HODT, Pasukan Projek JKR Daerah Cameron Highlands serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

004
005