PEMBUKAAN SEMULA JALAN MELIBATKAN PERSIMPANGAN BERLIAN, JALAN MASUK KE KAWASAN PERINDUSTRIAN SEMAMBU (FT3486)

Dimaklumkan bahawa Persimpangan Berlian, Jalan Masuk ke Kawasan Perindustrian Semambu (FT3486) telah dibuka semula kepada pengguna jalan raya pada 16.10.2023. Kerja penyelenggaraan jalan melibatkan kerja pembaikan dengan kaedah Concrete Fibre Pavement telah siap dilaksanakan oleh pihak Roadcare.

Walaubagaimanapun, masih terdapat baki kerja yang belum disiapkan iaitu kerja mengecat garisan jalan.

Oleh itu, pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi papan tanda keselamatan dan perlahankan kenderaan.