MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN BAGI PROJEK BINA BARU MASJID LEPAR HILIR, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Projek Siap Bina Masjid 02

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Bina Baru Masjid Lepar Hilir, Kuantan, Pahang Darul Makmur telah berlangsung dengan jayanya pada 21hb September 2022 (Rabu) bertempat di Tapak Projek Bina Baharu Masjid Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Kuantan, YDH. Puan Ir. Azlizu binti Baharuddin, AAP., kepada wakil pelanggan Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, En. Azmil bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Khas), Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh Jurutera Daerah Kuantan, YDH. Puan Ir. Azlizu binti Baharuddin, AAP., selaku Pegawai Penguasa kepada En. Azmil bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Khas), Pejabat Pembangunan Negeri Pahang yang telah turut sama disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Indra Mohd Shahar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Paya Besar. Projek ini berjaya disiapkan dengan pencapaian 3 dalam 1 iaitu :

1. Certificate of Practical Completion (CPC)

2. Statement Of Final Account (SOFA)

3. Lukisan Siap Bina

Majlis diteruskan dengan penyerahan ‘Frame Sijil Pengesahan Arah Kiblat’ oleh Jurutera Daerah Kuantan, YDH. Puan Ir. Azlizu binti Baharuddin, AAP., selaku Pegawai Penguasa kepada En. Azmil bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Khas), Pejabat Pembangunan Negeri Pahang sebagai simbolik penyerahan projek.
Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan kos projek sebanyak RM 4,254,329. Antara skop projek yang telah siap dilaksanakan adalah seperti berikut :

1. Kerja-kerja pembinaan bangunan masjid dengan menggunakan rekabentuk piawai berkapasiti 1200 jemaah.

2. Kerja-kerja pembinaan bangunan tandas lelaki dan bilik pengurusan jenazah

3. Kerja-kerja pembinaan bangunan tandas perempuan

4. Kerja-kerja mekanikal dan elektrikal

5. Kerja-kerja luar bangunan tidak termasuk kerja menurap dataran kejat, parking, pagar, pintu pagar utama dan papan tanda masjid.

Dalam tempoh menyiapkan projek ini, banyak cabaran yang perlu dilalui seperti keadaan pendemik COVID-19 yang melanda Negara/Isu Global di seluruh dunia. Pandemik COVID-19 telah menyaksikan impak yang besar secara langsung mahupun tidak langsung ke atas semua sektor di dalam dan luar negara. Penularan virus ini telah menghentikan semua sektor dari beroperasi buat sementara waktu termasuklah sektor pembinaan. Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 52 minggu iaitu bermula 18 Januari 2021 sehingga 09 Januari 2022. Walau bagaimana pun, kontrak ini telah diluluskan lanjutan masa sehingga 13 Mac 2022 dan disiapkan didalam tempoh berdenda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada bulan Mac 2020.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah Kuantan selaku Pegawai Penguasa Projek, Wakil Pegawai Penguasa, Pengurus Program, Kontraktor Utama serta Kontraktor yang dinamakan. seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT Bahagian Bangunan JKR Pahang, HODT, Pasukan Projek JKR Daerah Kuantan, kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Projek Siap Bina Masjid 05