MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENYELENGGARAAN BANGUNAN SEKOLAH, DEWAN MAKAN, ASRAMA, RUMAH WARDEN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI SMK BENTONG, PAHANG

Penyerahan Projek Penyelenggaraan SMK Bentong

RABU, 24 SEPTEMBER 2025 – Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Penyelenggaraan Bangunan Sekolah, Dewan Makan, Asrama, Rumah Warden Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di SMK Bentong, Pahang bertempat di sekolah tersebut.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, YBrs. En. Hanifah bin Hj. Veerankutty. Turut hadir dalam majlis ini adalah Penolong Pegawai Pendidikan (Sektor Perancangan, PPD Bentong), En. Hj. Suhaidi bin Ismail, Penolong Jurutera (Sektor Infrastruktur & Perolehan, JPN Pahang) En. Abdul Muin bin Abdullah, Penolong Jurutera (PPD Bentong), Nur Maizan Azyyati binti Kamaruddin, Pengetua SMK Bentong, En. Azmi bin Othman, Jurutera Daerah JKR Bentong, Ir. Mohd Rozaiman bin Sulaiman, Jurutera Awam (Bangunan) JKR Bentong, Ts. Ahmad Basya bin Ismail serta wakil kontraktor utama Aza Venture Sdn. Bhd.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara konvensional dalaman dengan kerjasama erat antara pihak JKR dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui JPN Pahang serta PPD Bentong. Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Aza Venture Sdn. Bhd. dengan kos semasa sebanyak RM 3.379 juta, dibantu oleh sub-kontraktor dinamakan (NSC) iaitu MFI Power Resources (Elektrikal) dan RMS Family (Mekanikal).

Antara skop utama projek ini adalah:

  1.  Pembaikan bangunan sekolah yang terkesan akibat banjir Disember 2021;
  2. Kerja pendawaian elektrik dan penggantian peralatan mekanikal; dan
  3. Pembaikan infrastruktur luar bangunan termasuk jalan berturap baharu, longkang serta kerja-kerja berkaitan

Projek ini berjaya disiapkan pada 27 Jun 2025, iaitu 3 hari lebih awal daripada jadual asal. Selain siap mengikut skop dan kualiti yang ditetapkan, projek ini turut merekodkan pencapaian membanggakan, antaranya:

  1. Keseluruhan kerja siap dengan mematuhi spesifikasi teknikal serta piawaian keselamatan;
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings) telah disediakan sebagai rujukan teknikal masa hadapan; dan
  3. Sepanjang pelaksanaan, projek mengekalkan rekod Zero Kemalangan dan Zero Loss Time Injury (LTI).

Dengan siapnya projek ini, warga SMK Bentong khususnya pelajar dan guru kini dapat kembali menggunakan bangunan sekolah, asrama dan kemudahan berkaitan dengan lebih selesa serta selamat. Projek ini diharap menjadi pemangkin semangat untuk bangkit selepas tragedi banjir yang melanda pada Disember 2021.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pelanggan projek, JPN Pahang, PPD Bentong, pihak sekolah, pasukan JKR, kontraktor utama Aza Venture Sdn. Bhd., serta sub-kontraktor dinamakan MFI Power Resources (Elektrikal) dan RMS Family (Mekanikal) atas dedikasi dan kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan projek ini.

Sumber: JKR Daerah Bentong

Penyerahan Projek Penyelenggaraan SMK Bentong 002
Penyerahan Projek Penyelenggaraan SMK Bentong 003