MAJLIS PENYERAHAN MEMBINA JAMBATAN KONKRIT DAN NAIKTARAF JALAN DI KG. LUBOK BATU, ROMPIN, PAHANG

22012024_001

22 Januari 2024 (Isnin) – Majlis Penyerahan Membina Jambatan Konkrit dan Naiktaraf Jalan di Kg. Lubok Batu, Rompin, Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.

Majlis ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun (Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, KKDW) yang turut dihadiri oleh Tuan Ahmad bin Tuan Wil (Setiausaha Bahagian Prasarana, KKDW), YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa (Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia), YBhg. Dato Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP. (Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang), YBhg. Dato’ Mohd A. Aruwan bin AB. Aziz (Pengarah PKN Pahang), Ir. Ts. Mohd Faiz bin Mohd Faudzi (Jurutera Daerah JKR Daerah Rompin, Pahang), En. Afiq bin Radzuan (Penolong Pegawai Daerah Rompin), Pegawai – pegawai JKR Malaysia serta pihak Kontrakror Teeraz Niaga Sdn. Bhd.

Pojek ini telah dimulakan pada 30 September 2019 dan siap sepenuhnya pada 4 November 2023 (Siap Ikut Jadual). Skop projek melibatkan kompenan utama iaitu:

  1. Pembinan struktur jambatan sepanjang 200 meter;
  2. Kerja – kerja menaiktaraf jalan sepanjang 4.1 kilometer;
  3. Kerja – kerja tanah;
  4. Kerja – kerja longkang dan saliran;
  5. Kerja – kerja geotechnical;
  6. Kerja – kerja perabot jalan;
  7. Kerja – kerja pengurusan trafik; dan
  8. Kerja – kerja keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kos projek ini berjumlah RM25,664,439.00 dan dilaksanakan secara Konvensional (Dalaman). Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah dipertanggungjawabkan selaku Pegawai Penguasa bagi Projek ini dan Pejabat JKR Daerah Rompin selaku Wakil Pengawai Penguasa sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina.

Projek ini dapat disiapkan secara 8 dalam satu (1) iaitu:

  1. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  2. Lukisan Siap Bina (AS-BULIT DRAWING);
  3. Perakuan Siap Kerja (CPC);
  4. Sifar Kemalangan di Tempat Kerja Zero Lost Time Injuries (LTI);
  5. Sifar Kecacatan Zero Major Defect;
  6. Pematuhan Penuh SOP Covic -19;
  7. Sijil Serah Borang A; dan
  8. Tiada Tuntutan VOP.

Setinggi – tinggi penghargaan diucapkan kepada Pihak Pelanggan, Pasukan Projek dan Kontraktor serta semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

22012024 002
22012024 003
22012024 004
22012024 005
22012024 006
2201224 007