MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PAHANG 1st TAHUN 2022 – SYABAS DAN TAHNIAH

pahang1st_01

Syabas & Tahniah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah merangkul beberapa anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Pahang 1st Tahun 2022 yang telah berlangsung pada 29 Disember 2022 bertempat di Dewan Bandaraya Kuantan (MBK), Pahang.

Antara anugerah yang diterima pada majlis tersebut adalah seperti yang berikut  :

  1. Naib Johan Anugerah Inovatif & Kreatif – Kategori  Penciptaan : Kumpulan L-Tech (JKR Daerah Lipis)
  2. Naib Johan Anugerah Inovatif & Kreatif – Kategori  Penambahbaikan : Kumpulan SINAR (Caw. Kej. Elektrik, JKR Pahang)
  3. Gangsa Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Sektor Perkhidmatan)
  4. Saguhati Anugerah Portal Terbaik

Semoga dengan penerimaan anugerah tersebut ianya menjadi pemangkin kepada warga JKR Pahang seterusnya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada organisasi dan rakyat amnya.

pahang1st_02_L_Tech
pahang1st_02_SINAR
pahang1st_03_Gangsa
pahang1st_04_Saguhati