Bengkel Pelan Bisnes & Pelan Risiko JKR Pahang Dan Majlis Pelancaran Pelan Bisnes 2021-2025 JKR Pahang

Bengkel Pelan Bisnes 2021-2025 & Pelan Risiko JKR Negeri Pahang telah berlangsung pada 5 dan 6 April 2021. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YBrs. Ir. Hafizah Binti Zakaria.

Turut hadir sama semasa Majlis Pelancaran Bengkel ini ,Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail, Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi, Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan Bin Zakaria, dan pasukan fasilitator dari Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi , Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR Malaysia.

Bengkel ini telah disertai oleh semua Cawangan, Bahagian dan Daerah di JKR Pahang yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Jurutera Daerah, Jurutera Kanan dan kakitangan sokongan. Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan 5 tema sebagaimana di dalam Pelan Strategik JKR 2021-2025.

Pelan Bisnes JKR Pahang 2021-2025 merupakan satu dokumen yang memperincikan perancangan bisnes Jabatan bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Tujuan utama dokumen ini dibangunkan adalah untuk memantau dan menilai Pengurusan Prestasi JKR Negeri Pahang dan juga sebagai penanda aras kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengurusan Tertinggi dan Pengarah JKR Pahang.

Bengkel ini dimulakan dengan pembentangan Overview Pelan Strategik JKR 2021-2025 oleh Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi, Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan Bin Zakaria. Ianya turut disaksikan bersama secara atas talian oleh Pegawai-pegawai Prestasi dan Jurutera-Jurutera Daerah Zon Timur melalui aplikasi Google Meet.

Pada 6 April 2021, telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Bisnes JKR Pahang 2021-2025. Majlis ini juga telah disaksikan secara langsung menerusi Facebook rasmi JKR Pahang Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YBrs. Ir. Hafizah Binti Zakaria telah menyerahkan Pelan Bisnes JKR Pahang 2021-2025 kepada Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi, Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan Bin Zakaria sebagai simbolik kepada majlis ini. Majlis ini juga telah disaksikan secara langsung menerusi Facebook rasmi JKR Pahang.

Semoga dengan pelancaran Pelan Bisnes JKR Pahang 2021-2025 menjadi pemangkin serta pencetus semangat untuk terus komited dan konsisten dalam mencapai Misi, Visi dan Objektif Jabatan disamping menggembleng usaha dalam merealisasikan inisiatif-inisiatif yang telah diketengahkan dalan Pelan Bisnes JKR Pahang bagi memastikan JKR terus kekal releven di negara ini.

Bengkel Pelan Bisnes 2021-2025 & Pelan Risiko JKR Negeri Pahang