MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN TUALANG PADANG (C159) BERIKUTAN KEJADIAN TANAH RUNTUH (ENBANKMENT) DI SEKSYEN 1.70, RAUB, PAHANG

Dimaklumkan bahawa Jalan Tualang Padang (C159) ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Seksyen 1.70 (Landmark : 1.70 Kilometer dari simpang Jalan Ulu Dong (C144). seperti ketetapan berikut:

​Tarikh​ :​ 03hb April 2021 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melalui kawasan runtuhan tersebut dan perlu mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan. Jalan alternatif yang boleh digunakan ketika tempoh penutupan tersebut adalah seperti berikut:-
– Laluan Utama Persekutuan FT008, Raub – Kuala Lipis.
– Jalan Tualang Padang (C159) – Jalan Ulu Dong (C144) – Jalan Utama Raub ke Kuala Lipis (FT008).
– Jalan Budu Ke Tualang Padang (C159) – Benta Ke Jerantut
(FT64) – Jalan Utama Raub ke Kuala Lipis (FT008).

Semua pengguna jalan raya adalah dingatkan untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan.
Kerjasama sepenuhnya dari pengguna jalan raya amat diharapkan.

Jalan Tualang Padang (C159) ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Seksyen 1.70