SESI PENYERAHAN 8 BUAH KENDERAN BARU JKR NEGERI PAHANG

Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 01

7hb Februari 2024, KUANTAN – Satu sesi penyerahan 8 buah kenderaan baru JKR Negeri Pahang kepada Jurutera-Jurutera Daerah dan Ketua Cawangan telah berlangsung di perkarangan lobi utama Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Di antara kenderaan tersebut ialah lori flat bottom GVW5000kg & GVW 7500kg, lori tipper serta lori crew cabin.

Simbolik penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP., yang diiringi oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, YBrs. Ir. Fadzlillah bin Mohamood.

Pembelian kenderaan tersebut adalah sebahagian dari perolehan kenderaan logistik bencana alam fasa 1 tahun 2023. Antara daerah & cawangan yang menerima kenderaan tersebut adalah JKR Daerah Bentong, Jerantut, Bera, Cameron Highlands, Maran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang, Kuari Pusat Pekan Awah dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat.

Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 02
Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 03
Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 04
Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 05
Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 06
Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 07
Penyerahan 8 Kenderaan Baru JKR Negeri Pahang 08