Salam Persaraan Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail, AMP., Timbalan Pengarah Kerja Raya Pahang

Salam Persaraan Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail

SALAM PERSARAAN

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail, AMP., Timbalan Pengarah Kerja Raya Pahang yang telah bersara pilihan sebagai penjawat awam pada 4 Julai 2022.

YBrs. Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail, AMP., telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1986.

Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya seperti yang berikut :

1986 – 1987 : Pembantu Teknik Tkt. Biasa, JKR Daerah Temerloh
1987 – 1996 : Pembantu Teknik Tkt. Biasa, JKR Daerah Maran
1996 – 2001 : Jurutera Awam Gred J3, JKR Negeri Pahang
2001 – 2005 : Jurutera Daerah Rompin, JKR Daerah Rompin
2005 – 2007 : Jurutera Daerah Maran, JKR Daerah Maran
2007 – 2015 : Penolong Pengarah Kanan, JKR Negeri Pahang
2015 – 2018 : Jurutera Awam (M) Gred J52, Kementerian Dalam Negeri
2018 – 2020 : Cawangan Jalan, JKR Malaysia
2020 – 2022 : Timbalan Pengarah Kerja Raya Pahang, JKR Negeri Pahang

2008
Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-77 KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat – Ahli Mahkota Pahang (AMP).

2009
Mendapat Kelulusan sebagai Jurutera Profesional

Beliau telah mencurahkan jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.