PROGRAM OUTREACH SEMPENA SAMBUTAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG

HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 002

Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2025 (HPTN 2025) Peringkat Negeri Pahang telah diadakan dengan jayanya pada 23 Oktober 2025 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kuantan, Pahang. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Turut mengiringi Timbalan Pengarah pada program tersebut adalah Tuan Pengetua SM Teknik Kuantan, YBrs. Ts. Haji Rezwan bin Tasiman, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, Jurutera Daerah Kuantan, Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah dan guru-guru SM Teknik Kuantan. Program kali ini telah dihadiri lebih 250 orang pelajar SMT Kuantan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan peranan profesion teknikal dalam pembangunan infrastruktur di negara khususnya di negeri Pahang.

Penganjuran program ini juga selaras dengan hasrat pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang mahukan supaya Sambutan HPTN diperluaskan ke semua negeri-negeri bermula pada tahun 2024. Sambutan HPTN merupakan wadah bagi menghargai jasa para profesion teknikal atas sumbangan besar mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan pemodenan negara meliputi pelbagai bidang teknikal antaranya kejuruteraan, astronomi, sains, teknologi, pembinaan, senibina, ukur dan sebagainya.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Ir. Dr. Hj. Abdul Murad Bin Zainal Abidin, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Makmal Penyelidikan Mekanikal, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) JKR selaku penceramah jemputan dan pegawai-pegawai dari CREaTE, JKR.

Dalam program yang sama juga, JKR Pahang telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menjalankan aktiviti membaiki dan mengecat pintu Dewan Ibnu Sina, mengganti mentol lampu yang terbakar, mencuci kipas-kipas dinding serta mencuci air-cond di blok pentadbiran SMT.

Dengan penganjuran program ini, diharap dapat memberi pendedahan dan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat berkaitan dengan peranan dan bidang tugas para profesion teknikal di negara ini sekaligus menimbulkan minat terhadap kerjaya di bidang profesion teknikal. JKR Pahang turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMT Kuantan, guru-guru, YBhg. Ir. Dr. Hj. Abdul Murad Bin Zainal Abidin, pegawai-pegawai dari CREaTE, JKR dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 003
HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 004
HPTN-2025-SM-TEKNIK-KUANTAN-007
HPTN-2025-SM-TEKNIK-KUANTAN-008
HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 005
HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 006
+ 1/3
HPTN-2025-SM-TEKNIK-KUANTAN-010
HPTN-2025-SM-TEKNIK-KUANTAN-011
HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 012
HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 013
HPTN 2025 SM TEKNIK KUANTAN 014