PROGRAM LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN DI SK GAMBANG, KUANTAN, PAHANG

PROJEK SK GAMBANG - MAIN

Kuantan – Satu sesi lawatan tapak oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke tapak projek Pembinaan Bangunan Tambahan Di SK Gambang, Kuantan, Pahang pada Rabu, 21 Jun 2023. Projek di bawah seliaan JKR Daerah Kuantan itu telah menerima kunjungan hormat dari tiga (3) orang pensyarah serta 35 orang pelajar.

Program lawatan tapak ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi menyokong Program CEO@Fakulti dan merupakan salah satu inisiatif dalam aspirasi Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2021 – 2025 bagi menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran di antara industri dan akademik.

Lawatan itu bermula pada jam 9.00 pagi – 11.00 pagi dengan penerangan berkenaan pengurusan keselamatan di tapak bina. Seterusnya para pelajar dibahagikan kepada  beberapa kumpulan kecil dan dibawa melawat ke setiap kawasan serta diberi pendedahan berkaitan pengurusan pembinaan dan teknologi yang digunapakai dalam pembinaan projek tersebut dan Ianya diakhiri dengan satu sesi bergambar yang berlatarbelakangkan tapak projek.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada JKR Daerah Kuantan kerana berjaya menyelaras program lawatan ini dengan sempurna dan jayanya.