PROGRAM KEMPEN PENGURUSAN STRESS DAN GAYA HIDUP AAFIYAT ANJURAN UNIT LATIHAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

program-pengurusan-stress-2023 dan pemeriksaan kesihatan

Satu Program Kempen Pengurusan Stress dan Gaya Hidup Aa’fiyat anjuran Unit Latihan, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah diadakan pada 07 Disember 2023 bertempat di Dewan Bakawali, Tingkat 0, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang itu telah dimulai dengan slot ceramah agama (8.00 – 12 tengahari dan diikuti dengan pemeriksaan kesihatan (jam 12.30 tengahari- 5.00 petang).  Program ini telah dihadiri seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada semua pegawai/ kakitangan dari pelbagai gred di Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang.

Program ini bermatlamat dalam memberikan penerangan serta pendedahan yang sebenar dalam pengurusan amalan gaya hidup sihat, menangani stress dan amalan pemakanan yang aafiyat dengan mengambil contoh dan tauladan yang terbaik dari tokoh agung bagi umat islam iaitu Rasullullah SAW.

Program ini juga seiring dengan seruan kerajaan dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

004-02
003-02