PERJUMPAAN YB EXCO KERJA RAYA, PENGANGKUTAN DAN KESIHATAN NEGERI PAHANG BERSAMA PEGAWAI JKR NEGERI PAHANG

05032024_Perjumpaan Exco Kerja Raya Pahang

Satu majlis perjumpaan YB EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Tuan Ir. Razali Bin Kassim bersama Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah diadakan pada 5 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Tingkat 13, Bangunan Kompleks Tun Razak (KOMTUR).

Majlis perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan skop tugas dan tanggungjawab JKR Negeri Pahang selaku salah satu jabatan teknikal di Negeri Pahang. Seterusnya diakhiri dengan sesi ramah mesra antara pegawai dan YB EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang tersebut.

05032024 002
05032024 006
05032024 005
05032024 007