Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Pembaikan Bangunan Dan Infrastruktur Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang Darul Makmur

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Pembaikan Bangunan Dan Infrastruktur Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang Darul Makmur telah berlangsung dengan jayanya pada 17hb. Mac 2021 (rabu) bertempat di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan.

JKR Daerah Kuantan telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek bagi memastikan kualiti projek ini berada pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah HAIQAL TECH ENTERPRISE

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ir. Azlizu Binti Baharuddin, AAP Jurutera Daerah JKR Kuantan selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. Tuan Mohd Fadzilah Bin Mohd Yusoh , selalu Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Program, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Pendidikan JKR Negeri Pahang iaitu YBrs. Tuan Hj. Mohamad Fozi Bin Sulaiman, Bahagian Bangunan JKR Kuantan, dan Sub-Kontraktor Yang Dinamakan (NSC) Majlis penyerahan ini diadakan secara ringkas dengan mematuhi SOP selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan kos projek sebanyak RM 900,439.09. Antara skop projek yang telah siap dilaksanakan adalah seperti berikut :
1. Kerja-kerja pembaikan bangunan di Blok F, Blok D dan BlokE. Merangkumi kerja-kerja membekal dan memasang talang cucur atap, membekal dan memasang salur tegak air hujan, kerja siling, kerja tangki air serta kerja mengecat bhg luar bangunan.
2. Kerja-kerja di Blok Asrama lelaki yang merangkumi kerja membekal dan memasang pintu rintangan api, kerja menaiktaraf tandas, kerja siling dan baikpulih pintu pagar asrama.
3. Kemudahan riadah merangkumi kerja menaiktaraf bilik gimnasium, kerja memasang awning, Gelanggang terbuka A, baikpulih gelanggang Petanque dan gelanggang C.
4. Kerja-kerja menaiktaraf rumah sampah dan menaiktaraf pagar.
5. Wang kos prima yang melibatkan kerja-kerja elektrik dan kerja mekanikal.

Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 12 bulan iaitu bermula 26 November 2019 sehingga 23 November 2020. Walau bagaimana pun, kontrak ini telah diluluskan lanjutan masa sehingga 17 Mac 2021 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada bulan Mac 2020.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan pengajaran dengan persekitaran yang kondusif agar dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi warga Kolej Komuniti serta membangunkan modal insan yang holistik.

Projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia 3 dalam 1 malahan telah memberi nilai tambahan 6 dalam1 merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
3. Lukisan Siap Bina
4. Penjimatan Kos Projek RM 70,000.00.
5. Zero Loss Time Due To Injury
6. Zero Major Defect

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah Kuantan selaku Pegawai Penguasa Projek, Wakil Pegawai Penguasa, Pengurus Program (CFSB), serta Kontraktor Utama seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.

 

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Pembaikan Bangunan Dan Infrastruktur Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang Darul Makmur