PEMBINAAN JAMBATAN PANEL KELULI BERMODULAR (JAMBATAN BAILEY) DI LALUAN FT2490 SEKSYEN 2.80, JALAN MASUK KE PERWIRA JAYA DAN SELANCAR, ROMPIN, PAHANG

InProgress01

Pada 1 Mac 2023, telah berlaku jalan runtuh di laluan FT2490 Seksyen 2.80, Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, Pahang. Kejadian ini telah menyebabkan lokasi tersebut terputus hubungan darat.

Bagi penyelesaian segera (sementara), Jambatan Panel Keluli Bermodular (Jambatan Bailey) telah dibina dengan kerjasama pasukan Jambatan Bailey dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Daerah Temerloh, JKR Daerah Kuala Pilah, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat, JKR Mekanikal Negeri Sembilan, JKR Negeri Melaka, JKR Mekanikal Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Skuadron Ke 11 Rejimen Askar Jurutera Mekanize dan Skuadron Ke 8 Rejimen Askar Jurutera DiRaja turut serta Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA), Konsesi RoadCare Muadzam, Pengurusan Air Pahang (PAIP) Daerah Rompin dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dengan kerjasama padu dari semua pasukan, Jambatan Bailey telah berjaya disiapkan dalam tempoh 2 hari bermula sepenuhnya pada 4 Mac 2023. Pelbagai cabaran dihadapi dalam fasa pembinaan antaranya penggunaan jentera yang terhad dan ruang kerja yang sempit.

Jambatan ini telah dibenarkan penggunaannya kepada semua kenderaan ringan bermula 7 Mac 2023 (Selasa), boleh menerima beban yang berat sehingga 40 Tan dengan kaedah laluan satu lorong dan had kelajuan kenderaan sehingga 30KM sejam. Jambatan yang dibangunkan menggunakan kekuda keluli siap bina yang mempunyai bahagian-bahagian komponen yang seragam.

Kenderaan berat yang melebihi had muatan adalah DILARANG sama sekali untuk melalui jambatan ini.

Kaedah pemasangan Jambatan Bailey ini juga turut digunakan sebelum ini di Jalan Pos Betau – Simpang Titom, Lipis dan di Kg. Salak Merapoh, Lipis yang telah teputus hubungan.

Sekalung Tahniah dan Penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pemasangan dan pembinaan Jambatan Bailey ini.

Sumber berita dan gambar :

  • Jurutera Daerah, JKR Daerah Rompin
  • Facebook JKR Daerah Rompin
  • Infografik Jambatan Bailey, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia
  • Bernama.com
InProgress02
InProgress03
InProgress04
InProgress05
InProgress05
Finished03
Finished04