PEMAKLUMAN BERITA PALSU PEMBUKAAN LALUAN PERSEKUTUAN FT12, KM72, KUANTAN – SEGAMAT

BERITA-PALSU 2024 FT12

PENAFIAN

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang menafikan maklumat yang tersebar luas melalui aplikasi “Whatsapp” dan video bahawa Laluan Persekutuan FT12, KM72, Kuantan – Segamat telah boleh dilalui atau dibuka serta ditutup mengikut jadual kerja pihak Jabatan Kerja Raya.

Untuk makluman orang ramai, laluan tersebut masih DITUTUP seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini dan kerja-kerja pemasangan “bailey bridge” di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan. Laluan tanah di sebelah “bailey bridge” hanya dibina sementara (di atas pembentung yang telah runtuh) untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri TIDAK SELAMAT dilalui oleh pengguna jalan raya.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang terjadi terhadap penggunaan jalan raya tersebut.

Pihak JKR akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu yang tersebar luas.

Pihak JKR juga menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan TIDAK menyebarkannya kepada orang lain.

Sekian.
JKR Negeri Pahang