PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berita Palsu FB Warga Sekitar Balok / Beserah / Kuantan & Pekan 1001

PENAFIAN

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang menafikan maklumat tersebar luas dalam page FB Warga Sekitar Balok/ Beserah/Kuantan & Pekan 1001 berkaitan dengan kerja baik pulih jalan dari Beserah ke Balok dan kerja penurapan jalan di lampu isyarat Balok.

Jalan tersebut merupakan jalan di bawah senggaraan JKR Negeri Pahang dengan menggunakan peruntukan persekutuan. Walaubagaimanapun, kelulusan peruntukan untuk kerja-kerja penurapan jalan di kawasan seperti yang dinyatakan dalam page FB tersebut masih belum diterima. Oleh yang demikian, tiada lantikan kerja kepada mana-mana kontraktor bagi kerja-kerja penurapan di kawasan tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna FB tersebut adalah TIDAK BENAR dan Pihak JKR Pahang menasihati orang awam agar TIDAK menyebarkan dan berkongsi maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya berkaitan dengan Jabatan ini.

Sekian.
JKR Negeri Pahang