Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Kursus Pemantapan Kontraktor Daerah Lipis Bil. 2/2025 telah diadakan pada 9 Oktober 2025 bertempat di Stor Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Lipis.
Penyerahan SST ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Azwan Ezzani bin Azmi selaku Jurutera Daerah JKR Lipis dan turut dihadiri oleh Jurutera Jalan JKR Lipis.
Sebanyak 42 Surat Setuju Terima (SST) kerja undi Jalan MARRIS di bawah seliaan JKR Daerah Lipis telah diserahkan secara rasmi kepada kontraktor yang berjaya melalui Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST).
Seterusnya majlis ini diserikan dengan Kursus Pemantapan Kontraktor Daerah Lipis yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan kontraktor dalam melaksanakan projek mengikut prosedur serta piawaian yang ditetapkan.
Sumber: FB JKR Daerah Lipis




