MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN BAGI PROJEK UIAM – MENAIKTARAF BANGUNAN PENTADBIRAN PUSAT ASASI GAMBANG SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN, KUANTAN, PAHANG

1080-tpl_berita_26032024_001

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Siap bagi Projek UIAM – Menaiktaraf Bangunan Pentadbiran Pusat Asasi Gambang Serta Kerja – Kerja Berkaitan, Kuantan, Pahang telah diadakan pada 26hb Mac 2024 bertempat di UIAM Gambang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuantan selaku Pegawai Penguasa projek ini, Pn. Ir. Aida Amalina binti Abdullah kepada Asst. Prof. Dr. Rustam Khairi Bin Zahari, Pengarah Bahagian Pembangunan UIA juga mewakili pelanggan.

Turut menyaksikan upacara ini adalah Tn. Hj Hasanul Basri Bin Abdullah,Dekan Pusat Asasi UIAM Gambang, En. Mohd Danial Bin Jamaludin, Pengarah (Pentadbiran), Pusat Asasi UIAM Gambang, En.Mohd Khairulzain Bin Abd Rahman, Pengarah (Pentadbiran) , Kampus UIAM Kuantan.

Sesi penyerahan ini turut dihadiri Timbalan Dekan, Pen.Pengarah, Ketua Jabatan, Pegawai Kanan, Wakil JKR Ibu Pejabat, Caw. Kejuruteraan Elektrik, Caw. Kejuruteraan Mekanikal, Kontraktor Utama iaitu Syarikat Pembinaan Khalishew, Kontraktor NSC Mekanikal Sarili Enterprise,NSC Elektrik IRKU Solution

Projek ini telah dimilik tapak pada 01hb November 2022 dengan kos asal projek ini berjumlah RM 4,165,823.00 Projek ini dapat disiapkan pada 26hb Mac 2024 berbanding Tarikh Siap Asal pada 29hb April 2024. Skop utama projek ini adalah melibatkan meroboh dan bina baru keseluruhan dinding CMU, penggantian tingkap dan pintu serta jeriji,kerja pembaikan apron, kerja waterproofing, naikataraf pintu gerbang, pembaikan struktur, kerja siling dan bumbung termasuk kerja wang peruntukan sementara bagi kerja elektrik dan mekanikal. Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan 6 pencapaian kriteria seperti berikut :

  1. CPC sebelum tarikh siap semasa projek ( Awal 33 Hari )
  2. Penyerahan kepada pelanggan dalam tempoh kurang 3 bulan selepas CPC
  3. Penyiapan As built/li>
  4. Zero lost time injuries
  5. Zero major defect
  6. Pencapaian cemerlang prestasi kontraktor

Setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu sepanjang tempoh pembinaan bagi menjayakan penyiapkan projek ini sebagaimana mengikut keperluan kontrak.

1080-tpl_berita_26032024_002
1080-tpl_berita_26032024_003
1080-tpl_berita_26032024_004