MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN BAGI PROJEK BINA BARU 2 UNIT RUMAH KAKITANGAN MASJID BARU BENTA, LIPIS, PAHANG

16022024_001 Penyerahan 2 Unit Rumah Kakitangan Masjid Baru Benta

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi projek Bina Baru 2 Unit Rumah Kakitangan Masjid Baru Benta, Lipis, Pahang telah dilaksanakan pada 16 Februari 2024 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Rumah Kakitangan Masjid Benta, Lipis, Pahang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Wan Zuhaimie Bin Wan Salleh, Jurutera Daerah JKR Lipis bagi mewakili Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Zainuddin Bin Zakaria Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis, mewakili Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari jabatan/agensi yang berkaitan di negeri serta daerah, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta pasukan kontraktor.

Projek Bina Baru 2 Unit Rumah Kakitangan Masjid Baru Benta ini telah berjaya disiapkan 48 hari awal dari tarikh siap semasa. Projek yang bermula pada 07 September 2022 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 04 Januari 2024 dengan kos kontrak sebanyak RM873,900.00. Kontraktor Utama yang berjaya dilantik untuk pelaksanaan projek ini adalah Kejuruteraan Letrik Desa Perian. Manakala kontraktor NSC Elektrik projek ini adalah Vega Power Enterprise.

Skop utama projek ini adalah pembinaan pembinaan 2 unit rumah kakitangan berkembar (9m x 15m per unit) dengan kemudahan 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 bilik serbaguna, ruang jemuran, dapur dengan built in cabinet, kerja-kerja elektrikal dan kerja-kerja luar/ infra. Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan 8 pencapaian merangkumi kriteria berikut:

  1. CPC Sebelum Tarikh Siap Semasa Projek (Awal 48 Hari)
  2. Penjimatan Kos Projek (Kos Kontrak RM873,900.00 berbanding Siling Projek
    RM1 Juta)
  3. Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas
    CPC.
  4. Penyiapan As-built Drawing.
  5. Penyediaan SOFA.
  6. Pencapaian Cemerlang Prestasi Kontraktor.
  7. Tiada Major NCP
  8. Digital Coffee Table Book.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak HOPT (Bahagian Bangunan JKR Pahang), HODT (Bahagian Arkitek JKR Pahang, Bahagian Struktur JKR Pahang, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Pahang dan CKE JKR Pahang), JKR Daerah Lipis serta kontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.

16022024_002
16022024_003