MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP BAGI PROJEK NAIKTARAF STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN, PAHANG

STADIUM03

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Jun 2023 (Isnin) bertempat di tapak projek Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Penguasa Projek, YBrs. Ir. Azlizu Binti Badaruddin, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan bersama-sama YBrs. En. Shafrul Bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang selaku wakil kepada pihak pelanggan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Wakil Pegawai Penguasa bagi projek ini, YBrs. Ir Ros Asmah Binti Zahari, Pasukan JKR Daerah, wakil Perbadanan Stadium Darul Makmur dan wakil pihak kontraktor utama.

Pihak kontraktor telah berjaya menyiapkan projek ini sepenuhnya pada 15 Mei 2023 dengan harga kontrak asal sebanyak RM4,658,123.00. Skop projek melibatkan Penggantian Synthetic Running Track System, Penggantian kerusi di Grandstand, Pembaikan Jaring Berbumbung serta Kelengkapan Alatan Sukan di Padang.

Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 24 minggu iaitu bermula 02 Ogos, 2022 sehingga 16 Januari, 2023. Namun begitu, projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh penyiapan kontrak asal dimana disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sepertimana kelewatan pembekal PU Synthetic serta keperluan “Method of Statement’ iaitu PU Synthetic perlu dipasang dengan suhu persekitaran minimum 25 °celcius. Berkat kesungguhan pasukan kontraktor utama iaitu WHS Engineering telah berjaya menyiapkan projek dengan jayanya dengan lanjutan masa (Extension of Time) dan disiapkan sepenuhnya dengan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah dikeluarkan pada 15 Mei 2023.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah JKR Kuantan selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Pahang, Pasukan Projek Bahagian Bangunan (HOPT), Pasukan Penyeliaan Tapak Bina JKR Kuantan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Perbadanan Stadium Darul Makmur, kontraktor seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.