Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tabika Orang Asli Sungai Tekal, Jerantut, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Februari 2025 bertempat di tapak projek Tabika Orang Asli Sungai Tekal, Jerantut.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang kepada YBrs. Encik Mohd Fadli Bin Che Soh, Penolong Pengarah (Khidmat Teknikal) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia selaku wakil kepada pihak pelanggan bagi projek ini.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr. Siti Baizura Binti Mohamad Noor, (Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2) (CKBA2), Ir. Adly Bin Dasril, (Jurutera Daerah JKR Jerantut), Tuan Mohammad Na’im bin Tahrim (Jurutera Bangunan, JKR Jerantut), Puan Nurul Aida Binti Awaludin (Jurutera Awam, Bahagian Bangunan JKR Pahang), wakil JAKOA Malaysia, wakil JAKOA Pahang dan kakitangan JKR Jerantut.
Pembinaan projek ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jurutera Daerah JKR Jerantut selaku Pegawai Penguasa dan Jurutera Bangunan JKR Jerantut selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama. Projek ini dilaksanakan oleh MFA Amaze Enterprise selaku kontraktor utama dan Syarikat Letrik Gemini sebagai subkontraktor yang dinamakan untuk kerja elektrikal. Projek ini mula dibina pada 20 November 2023 dan telah siap sepenuhnya pada 18 Februari 2025 iaitu 98 hari lebih awal berbanding tarikh siap semasa dengan kos kontrak sebanyak RM882,536.00. Dengan itu, pihak kontraktor telah berjaya mencapai sasaran ‘Ahead Of Time’ (AOT) seperti yang disarankan oleh Kementerian Kerja Raya baru-baru ini.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan 3 in 1 pencapaian merangkumi kriteria berikut:
- Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Penyerahan Lukisan Siap Bina
- Penyerahan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah JKR Jerantut selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Pahang, Ketua Pasukan Projek (HOPT), semua Bahagian Rekabentuk (HODT), Pasukan Projek JKR Jerantut, JAKOA Malaysia, JAKOA Jerantut, kontraktor-kontraktor dan kepada semua pihak yang terlibat bagi penyiapan projek ini.
Semoga projek yang telah diserahkan ini memberi impak positif dan manfaaf kepada anak-anak Orang Asli dalam memperoleh pendidikan awal yang lebih berkualiti.
Sumber: JKR Daerah Jerantut