KURSUS PENGENALAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENDAWAIAN KENDERAAN

19062023-002

Pada 09 – 11 Mei 2023, telah diadakan Kursus Pengenalan dan Penyelenggaraan Sistem Pendawaian Kenderaan bertempat di Pejabat JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat, Bentong Pahang.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Mekanikal, Bahagian Kompetensi, Pensijilan Dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), JKR CREaTE.

bertujuan untuk memberi pengetahuan dan melatih staf sokongan yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan rutin di Woskyop JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri di Zon Pantai Timur. Tenaga pengajar ialah Encik Ahmad Anuar bin Mat Yusof dari Pusat Latihan Giat Mara Raub, Pahang.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah:

  • Memberikan pendedahan buat staf lantikan baharu yang berada di Woskyop JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri di Zon Pantai Timur
  • Melatih dan memantapkan kepakaran pembaikan buat para staf sokongan yang terlibat dengan kerja-kerja rutin pembaikan di Woksyop Negeri masing-masing
  • Melahirkan tenaga kerja pakar yang dapat melaksanakan kerja-kerja pembaikan mengikut keperluan semasa jabatan

Seramai 21 orang peserta terlibat dalam kursus ini yang terdiri daripada kakitangan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Terengganu dan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan.

Semoga dengan tunjuk ajar dan perkongsian daripada tenaga pengajar dapat digunakan untuk memantapkan kompetensi peserta dalam bidang berkaitan.