LAWATAN KSU, KKR KE KAWASAN HOTSPOT BANJIR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG

2023 LAW-KSU-KKR

21hb November 2023, KUANTAN – YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad berserta pegawai daripada Kementerian Kerja Raya, Cawangan Jalan dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan telah mengadakan lawatan teknikal ke kawasan hotspot banjir di daerah ini. Lawatan tersebut juga turut dihadiri oleh Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, wakil Bahagian Jalan JKR Pahang, JKR Daerah Kuantan dan pihak konsesi Roadcare Pahang.

Antara lokasi lawatan beliau adalah :-

a) Persimpangan DMMC, Jalan Padang Lalang – Tanjung Lumpur – Kg. Baharu (FT183)
b) Selekoh Kampung Cempaka, Jalan Kuantan – Cherok Paloh (FT230)

JKR Negeri Pahang juga telah membentangkan berkenaan situasi banjir yang telah berlaku di daerah ini serta cadangan pembaikan bagi tujuan permohonan peruntukan untuk kedua-dua lokasi tersebut.

2023-05-LAW-KSU
2023-06-LAW-KSU
2023-03-LAW-KSU
2023-02-LAW-KSU