Majlis QUEST 2024 anjuran CIDB Malaysia telah diadakan pada 22 Oktober 2024 bertempat di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Dalam majlis tersebut, 2 buah projek di bawah seliaan JKR Jerantut telah menerima Penarafan 5 Bintang bagi Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC) seperti berikut:
- PEMBAIKAN CERUN DAN JALAN DARI KAMPUNG TUIT KE KAMPUNG MAT DALING, JERANTUT, PAHANG – Kontraktor utama: Kiara Kilat Sdn Bhd
- LALUAN ALTERNATIF DARI SIMPANG MASJID – TANAH PDRM – TAMAN KG.SAU – SG.JAN (JALAN PINTAS KE KUALA TEMBELING DARI JERANTUT FERRY, DAERAH JERANTUT, PAHANG) – Kontraktor utama: Marimas Sdn Bhd
Penarafan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen JKR Daerah Jerantut bersama-sama kontraktor dalam memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang baik diamalkan di tapak pembinaan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas pencapaian ini.