AUDIT PEMATUHAN 1 SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015

AUDIT SIRIM 02

Audit Pematuhan 1 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh Sirim Qas International Sdn Bhd telah berlangsung pada 13 hingga 16 Mac 2023 di JKR Negeri Pahang. Pejabat yang terlibat dengan auditan ini adalah:

  1. Bahagian Pentadbiran
  2. Bahagian Pengurusan Korporat
  3. Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan
  4. Bahagian Jalan
  5. Bahagian Arkitek
  6. JKR Daerah Bera
  7. JKR Daerah Lipis
  8. JKR Daerah Cameron Highlands

Mesyuarat Pembukaan Audit Pematuhan 1 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di JKR Negeri Pahang Tahun 2023 telah dipengerusikan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 15 Mac 2023 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13 Kompleks Tun Razak (KOMTUR).

Pengerusi berharap agar audit yang dilaksanakan pada kali ini dapat meningkatkan lagi pematuhan ke atas SPK sedia ada dan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan serta memantapkan organisasi JKR Negeri Pahang yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi direalisasikan dengan sistem pengurusan projek yang berkualiti bagi memenuhi objektif serta kepuasan pihak pelanggan masa kini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan audit tersebut serta terima kasih kepada pasukan audit di atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

AUDIT SIRIM 04
AUDIT SIRIM 01
AUDIT SIRIM 03