AUDIT PEMANTAUAN 2 SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024

Audit_Pemantauan2_SIRIM_MSISO9001

Audit Pemantauan 2 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2024 oleh Sirim QAS International Sdn Bhd telah berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2024 di JKR Negeri Pahang. Pejabat yang terlibat dengan auditan adalah:

  1. Bahagian Pengurusan Korporat
  2. Bahagian Pentadbiran
  3. Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan
  4. Bahagian Struktur dan Rekabentuk
  5. Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  6. Pasukan Projek Persekutuan Negeri
  7. JKR Daerah Pekan
  8. JKR Daerah Temerloh
  9. JKR Daerah Maran

Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan 2 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di JKR Negeri Pahang Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 13 Mac 2024 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13 KOMTUR. Mesyuarat Penutup Audit Pemantauan 2 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 pula telah dipengerusikan oleh Tuan Hj.Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP. Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 15 Mac 2024 jam 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat Tingkat 12, KOMTUR.

Dengan adanya audit ini diharap agar dapat meningkatkan lagi pematuhan ke atas SPK sedia ada dan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan serta memantapkan organisasi JKR Negeri Pahang yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi direalisasikan dengan sistem pengurusan projek yang berkualiti bagi memenuhi objektif serta kepuasan pihak pelanggan masa kini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan audit tersebut serta terima kasih kepada pasukan audit di atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

IMG_20240313_093836_1080
IMG_20240313 101957_1080
IMG20240315120409 1080