Program Agihan Bubur Lambuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah dilaksanakan sempena Program Ihya’ Ramadan Darul Makmur anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Program ini telah diadakan di Padang MBK 1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 10 Mac 2026 dan telah disertai oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang bersama warga Jabatan dalam menjayakan aktiviti kebajikan tersebut.
Program ini diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan dan ukhwah dalam kalangan masyarakat bersempena bulan Ramadan yang mulia. Semoga segala amalan dan ibadah puasa yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT.







