MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN BAGI PROJEK MEMBINA BAHARU MASJID KG. TELOK ERA – KG. TELOK MENGKUANG, TEMERLOH, PAHANG

Penyerahan Masjid Teluk Era 001

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Membina Baharu Masjid Kg. Telok Era– Kg. Telok Mengkuang, Temerloh, Pahang telah dilaksanakan pada 20 Januari 2025 (Isnin) bertempat di Lot 809 Mukim Bangau Bukit Sena, Kampung Telok Era, Temerloh, Pahang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Fozi Bin Sulaiman, AAP., Jurutera Daerah JKR Temerloh Pahang selaku Pegawai Penguasa yang telah dilantik oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang kepada Encik Mohd Razif Bin Abdul Malek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang mewakili Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Sri Syed ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang, Al-fadil Qadhi Daerah Temerloh, Wakil Pegawai Daerah, Penghulu, Pengerusi Masjid, Kontraktor Utama dan NSC serta Penduduk Kampung Telok Era.

Projek ini telah berjaya disiapkan pada 06 November 2024 dengan satu EOT(1) dari tarikh siap asal 07 Mei 2024 dan diserahkan kepada pelanggan pada 20 Januari 2025 dengan kos kontrak sebanyak RM2,596,047.81.

Rekabentuk projek ini adalah secara konvensional dalaman oleh pasukan rekabentuk JKR Pahang dan Kontraktor Utama yang dilantik bagi fasa pembinaan dan seterusnya menyiapkan projek ini adalah syarikat Diemeranti Construction.

Skop utama projek ini adalah terdiri daripada bangunan masjid dengan kapasiti 500 jemaah pada satu- satu masa bagi penduduk di Kg. Telok Era – Kg. Telok Mengkuang termasuk pembinaan tandas lelaki, tandas wanita, compact sub-station dan rumah pam.

Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan 3 in 1 pencapaian merangkumi kriteria berikut:

  1. Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Penyerahan Lukisan Siap Bina
  3. Penyerahan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)

Penyerahan Masjid Teluk Era 002
Penyerahan Masjid Teluk Era 003