MAJLIS AMANAT PENGARAH KERJA RAYA NEGERI PAHANG 2025

Amanat Pengarah JKR Pahang 2025

Pada 20 Januari 2025 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Amanat Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang (PKR) Tahun 2025 bersama warga JKR Negeri Pahang bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 pagi turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi JKR Negeri Pahang, YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP. selaku Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan, Jurutera-Jurutera Daerah dan warga JKR Negeri Pahang.

Dalam ucapannya, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JKR Pahang atas segala sumbangan, usaha dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2024. Sekaligus, berharap semoga tahun 2025 ini semua warga JKR Pahang sentiasa bertenaga, dinamik dan bekerjasama dalam satu pasukan agar dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan Jabatan dengan semangat yang kental dalam menghadapi segala cabaran pada tahun ini.

Disamping itu, YH. Dato’ turut memperkenalkan beberapa pegawai baru yang akan mula melaksanakan tugas di JKR Pahang bagi mengantikan pegawai yang bertukar ke luar iaitu:

  1. Ir. Mohd Najib Bin Shamsudin menggantikan En. Mahadir Bin Masihat sebagai Ketua Bahagian Struktur & Rekabentuk
  2. Ir. Amirul Haikal Bin Azizan menggantikan Encik Ahmad Zulrushdi Bin Mohd Saad sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Korporat
  3. Ir. Budi Iskandar Bin Ibrahim menggantikan Ir. Ts. Mohamad Dzakir Bin Ahmad Yusoff sebagai Jurutera Daerah JKR Raub
  4. Dr. Azwan Ezzany Bin Azmi menggantikan Wan Zuhaimie Bin Wan Salleh sebagai Jurutera Daerah JKR Kuala Lipis
  5. Puan Ruhaila Binti Idris menggantikan Nor Sazwani Binti Mohamad Jurutera Awam Bahagian Jalan

Di akhir ucapan, YH. Dato’ mengingatkan warga JKR Negeri Pahang agar setiap pelaksanaan agenda harus dirancang melalui pendekatan strategik, kreatif dan inovatif bagi menggapai visi dan misi jabatan bagi memastikan segala gerak kerja yang direncanakan mengikut landasan yang ditetapkan, teratur dan sistematik agar dapat memberi faedah kepada semua pihak.

Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_002
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_003
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_010
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_004
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_005
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_006
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_007
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_008
Amanat Pengarah JKR Pahang 2025_009